Seleweng 17,195 liter diesel, lelaki didenda RM50,000

Seleweng 17,195 liter diesel, lelaki didenda RM50,000

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Rabu lalu menjatuhkan hukuman denda RM50,000 atau 30 hari penjara jika gagal membayar denda selepas didapati bersalah kerana menyeleweng 17,195 liter diesel.

Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Noor Hafizah Mohd Salim telah menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Manogaran a/l Supaya, 67, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan.

Mahkamah juga telah memerintahkan agar hasil jualan ekshibit bagi kes ini iaitu sebanyak RM37,141.20 dijadikan sebagai hasil kerajaan.

Pendakwaan bagi kes ini telah dikendalikan Thomas Chua serta dibantu oleh Kenny Jaikol Yangah selaku Pegawai Pendakwa, KPDN Sabah.

Berdasarkan pertuduhan, Manogaran didakwa kerana memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel berjumlah 17,195 liter di sebuah stor tidak bernombor di kampung Kionsom, Inanam pada 27 Februari 2023 yang menimbulkan syak munasabah dan telah melanggar Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu perjalanan perniagaan telah menggunakan dan mengambil barang berjadual iaitu minyak diesel melebihi had kuantiti 20 liter yang dinyatakan dalam Ruang 2 Jadual Bahagian IV Peraturan yang sama.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|