Baitul Mahabah Papar di buka

Baitul Mahabah Papar di buka

PAPAR: Sebuah penempatan kanak-kanak lelaki dan perempuan warga asing berusia 10 tahun ke bawah dibuka di Papar hari ini.

Pusat penempatan digelar sebagai Baitul Mahabah itu adalah inisiatif ini dan salah satu komitmen Kerajaan untuk melindungi hak kanak-kanak tanpa mengira status seperti yang dinyatakan dalam Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Baitul Mahabbah berkenaan adalah yang kedua selepas pembukaan Baitul Mahabbah yang pertama di Nilai, Negeri Sembilan pada 4 September lalu.

“Antara kemudahan yang disediakan di Baitul Mahabbah Papar ini ialah ruang pembelajaran, ruang makan, ruang mengambil wuduk, ruang solat, pancuran air di bilik mandi, bilik pemeriksaan kesihatan dan rawatan serta taman permainan kanak-kanak”….Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Gambar kredit: Akaun Rasmi Facebook Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

“Baitul Mahabbah ini adalah satu inisiatif terbaru KDN iaitu premis di mana kami tempatkan anak-anak yang bersama penjaganya ditahan oleh Jabatan Imigresen melalui operasi penguatkuasaan kerana di sana tidak sempurnanya dokumen mereka dan tidak ada dokumen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Baitul Mahabbah dekat sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, Baitul Mahabbah Papar ini mempunyai kapasiti sebanyak 100 orang di mana pada masa kini ia menempatkan seramai 62 orang iaitu 22 orang kanak-kanak lelaki, 18 orang kanak-kanak perempuan dan 22 orang perempuan dewasa iaitu ibu kepada kanak-kanak terbabit.

Jelasnya lagi, pusat kedua tersebut berfungsi untuk menguruskan kanak-kanak yang ditempatkan di Depot Imigresen Papar.

“Kita ada keupayaan sehingga 20,000 kapasiti buat masa ini diisi sekitar 12,400, dan daripada kelompok 12,000 itu kedapatan kategori kanak-kanak yang di bawah umur 18 tahun, itu definisi kanak-kanak.

“Bilangannya lebih kurang 1,400, jadi kalau premis asal depo itu keadaannya tentulah kurang kondusif didiami oleh kanak-kanak dan dari sinilah lahirnya idea inisiatif KDN,” katanya.

Tambah beliau, antara kemudahan yang disediakan di Baitul Mahabbah Papar ini ialah ruang pembelajaran, ruang makan, ruang mengambil wuduk, ruang solat, pancuran air di bilik mandi, bilik pemeriksaan kesihatan dan rawatan serta taman permainan kanak-kanak.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|