MET Malaysia keluarkan amaran hujan waspada di Sabah bermula 18 Disember

MET Malaysia keluarkan amaran hujan waspada di Sabah bermula 18 Disember

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari mengeluarkan ramalan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuatkuasa bemula 18 hingga 19 Disember depan melibatkan beberapa kawasan di Sabah.

Menurut siaran media jabatan berkenaan, antara lokasi yang dijangka menerima hujan adalah Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau & Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran & Sandakan) dan Kudat.

Selain Sabah, beberapa kawasan di Pahang dan Johor turut diberikan amaran berkenaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|