Bertembung lori tangki, wanita maut nahas

Bertembung lori tangki, wanita maut nahas

SANDAKAN: Seorang wanita maut selepas pacuan empat roda dinaikinya terbabit nahas dengan sebuah lori tangki dalam kejadian di Jalan Batu 18, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 50-an itu disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di dalam Toyota Hilux sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 9.21 pagi.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi kemalangan dan setibanya di tempat kejadian, didapati kemalangan ini melibatkan sebuah lori tangki yang bertembung dengan sebuah Toyota Hilux.

“Terdapat seorang mangsa wanita tersepit di kenderaan Toyota Hilux tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi itu ditamatkan pada jam 10.26 pagi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|