Rumah atas air musnah di Tanjung Aru

Rumah atas air musnah di Tanjung Aru

KOTA KINABALU: Tiga buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Jalan Tanjung Aru, dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 tengah hari itu, melibatkan struktur rumah jenis tidak kekal terbakar seratus peratus.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan jam 12.16 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.

“Tiga BBP melibatkan Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang bergegas ke lokasi untuk tujuan pemadaman api kebakaran di lokasi berkenaan.

“Setakat jam 1.18 petang tadi, operasi terkawal dan pemadaman masih dijalankan anggota yang bertugas,” katanya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan bomba.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|