RM3 juta selesai isu air di UMS – PMX

RM3 juta selesai isu air di UMS – PMX

Kota Kinabalu: Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima khabar gembira dengan pengumuman peruntukkan RM3 juta oleh Perdana Menteri bagi menyelesaikan isu air di universiti berkenaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu menerusi Program Temu Anwar di UMS di Kota Kinabalu, hari ini.

“RM700,000 cukup untuk gerudi air?, jumlah keseluruhan mahu berapa?

“Baiklah, kalau satu gerudi RM700,000, campur tiga..jadi saya luluskan RM3 juta, “katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap dengan adanya peruntukkan berkenaan, isu air di UMS dapat diselesaikan dengan segera bagi memudah cara mahasiswa atau penghuni universiti terbabit menghadapi rutin seharian.

Sebelum ini, UMS dilaporkan mengalami krisis air sehingga menjejaskan rata-rata penghuni kampus yang menuntut di universiti berkenaan.

Permasalahan terbabit timbul ekoran catuan sementara yang terpaksa dilaksanakan oleh pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) kerana ketidakmampuan Loji Rawatan Air (LRA) Telibong menampung keperluan setempat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|