Remaja maut dirempuh kereta

Remaja maut dirempuh kereta

SEMPORNA: Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Aman Jaya,Semporna.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.16 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk tujuan pemeriksaan lanjut.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini melibatkan kes seorang mangsa iaitu remaja lelaki berusia 12 tahun yang dipercayai dilanggar sebuah kenderaan.

“Mangsa dilaporkan telah dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton Persona dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, ” katanya.

Menurut PGO lagi, pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 2.43 petang.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|