36 mangsa banjir diselamatkan bomba

36 mangsa banjir diselamatkan bomba

SANDAKAN: Seramai 36 mangsa banjir dari Kampung Garinono dan Kampung Pertanian, di sini, telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sankui berkata, kesemua mangsa terbabit telah selamat dipindahkan dan operasi masih diteruskan bagi mengesan mana-mana penduduk yang terkesan dengan insiden banjir kilat berkenaan.

“Operasi pertama kita buat tadi adalah di Kampung pertanian yang mana kita telah berjaya mengeluarkan seramai 14 orang penduduk kampung melibatkan tiga buah rumah dan seterusnya operasi kita teruskan di Kampung garinono di dan kita berjaya mengeluarkan 12 pelajar tahfiz pada jam 11 pagi, manakala 4 orang lagi kita berjaya keluarkan pada jam 10.30 pagi tadi, ” katanya.

Mengikut pecahan mangsa terbabit banjir adalah melibatkan seorang warga emas, 22 lelaki dewasa, lapan wanita dan lima kanak-kanak, termasuk dua bayi.

Kesemua mangsa telah ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Pertanian, Sandakan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|