Mangsa banjir di Sandakan dipindah

Mangsa banjir di Sandakan dipindah

SANDAKAN: Empat mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian di Kampung Garinono, Batu 25, dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Singkui berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada jam 6.06 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan untuk operasi menyelamat.

Jelasnya, jarak lokasi banjir dari BBP Sandakan adalah sejauh kira-kira 40 kilometer.

“Setakat jam 8 pagi tadi, empat mangsa banjir telah berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke tempat pemindahan sementara.

“BBP Sandakan akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa, “katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|