Rasuah umpama ‘penyakit besar’, kita tidak kompromi: Hajiji

Rasuah umpama ‘penyakit besar’, kita tidak kompromi: Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri berpendirian tegas dan sesekali tidak akan berkompromi dengan ‘penyakit terbesar’ yakni rasuah dalam salasilah menyelesaikan isu-isu pembangunan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya menyedari perkara itu mampu mencacatkan pelan atau progam pembangunan yang diusahakan pihak kerajaan lebih-lebih lagi sekiranya ia membabitkan intitusi penjawat awam negeri.

Beliau berkata, kes melibatkan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebelum ini menjadi pengajaran berguna kepada penjawat awam mahupun barisan kepimpinan negeri Sabah.

“Kerajaan berpendirian tegas menangani rasuah JANS seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Senallang (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal), kita tidak berkompromi dalam rasuah ini.

“Kita tahu penyakit yang besar ini (rasuah) kalau tidak dibendung ianya akan menghalang apa juga pembangunan program kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Shafie (ADUN Senallang) yang membangkitkan isu dan jaminan pihak kerajaan mengenai soal gejala rasuah melibatkan bekalan air di Sabah dalam sesi perbahasan bersempena Sidang DUN Sabah ke-16, hari ini.

Jelas Hajiji lagi dalam sesi yang sama, pihaknya berjanji akan menyiasat perkara tersebut dari semasa ke semasa.

“Rasuah adalah satu penyakit yang cukup besar, kalau tidak ditangani memang menjadi salah satu masalah menjadi halangan kita menyelesaikan masalah bekalan air, ada yang saya dengar tangki ataupun dijual dan sebagainya.

“Kerajaan ambil serius perkara ini, saya sudah minta Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) untuk menyiasat perkara ini, kalau betul kita mesti ambil tindakan,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan ADUN Senallang berkenaan isu pembinaan Stesen Jana Kuasa Bebas (IPP) Ranhill Sabah Energy (RSE) 3 di Kimanis, Hajiji berkata, langkah itu diambil sebagai salah satu mekanisme menangani masalah bekalan elektrik di negeri ini.

“Ini diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) Persekutuan untuk membina IPP, kita faham disinilah apabila prohjek IPP dilaksana, kerajaan akan menangung subsidi mereka akan bayar lebih kepada pengguna.

“Ini satu juga masalah, tetapi untuk mengatasi masalah elektrik ini, kita perlu satu tenaga yang menyelesaikan elektrik, Ranhill dibina dengan kapasiti 100 megawatt dan ini dijangka akan siap pada tahun 2026 di mana ianya juga boleh menyelesaikan masalah elektrik di Sabah, ” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|