BERNAS dicadang giat jalin kerjasama dalam pembangunan beras di Sabah

BERNAS dicadang giat jalin kerjasama dalam pembangunan beras di Sabah

KOTA KINABALU: ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya mencadangkan supaya Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) untuk mengiatkan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam pembangunan beras tempatan di negeri Sabah.

Beliau berkata, kepentingan berlaku keseimbangan di antara jumlah penanaman atau sasaran pengeluran beras tempatan di negeri ini dengan jumlah beras yang perlu diimport dengan nisbah seimbang.

“Kerajaan Persekutuan juga perlu meneliti semula Akta-AktaPadiberas yang telah dibuat terlebih awal lama dahulu untuk dilihat dan disemak semula untuk kesesuaian dan keperluan industri ini di negeri Sabah.

“Justeru, itu saya mencadangkan juga pihak BERNAS yang telah diberikan konsesi untuk mengimport beras untuk 78 peratus lagi keperluan 3.6 juta penduduk negeri ini yang pada kadar puratanya makan 60 kilogram beras setahun,atau lebih untuk mengiatkan kerjasama dengan Kerajaan negeri ini dalam pembangunan beras tempatan di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan bersempena sidang DUN Sabah ke-16, hari ini.

Sementara itu, mengenai soal keterjaminan makanan terutamanya makanan ruji seperti beras perlu diberi perhatian meluas dalam menjamin bekalan tersebut terus dapat dinikmati oleh rakyat Sabah.

Jelasnya lagi, dengan penubuhan semula Lembaga Padi Sabah, Jasnih berkata, ia merupakan mekanisme terbaik dan menunjukkan keazaman kerajaan negeri dalam hal-hal penyelenggaran padi.

“Penubuhan semula Lembaga Padi Sabah yang telah diumumkan oleh Kerajaan negeri mengambarkan keazaman dan kesungguhan Kerajaan negeri ini, yang melihat perlu ada satu badan atau ada satu agensi di bawah Kerajaan negeri yang lebih fokus dan teliti dalam memantau juga menyeleggara isu padi dan beras di negeri ini.

“Namun saya berharap penubuhan ini bukan setakat mencanang usaha murni ini, tetapi perlulah digariskan dengan lebih berobjektif termasuklah memberi KPI dan menjelaskan segala fungsi dan matlamat penubuhan agensi ini,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|