Hajiji sambut keberangkatan tiba TYT Melaka

Hajiji sambut keberangkatan tiba TYT Melaka

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag menyambut keberangkatan tiba Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA), Kota Kinabalu pada Selasa.

Turut menyambut ketibaan Mohd Ali ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar yang juga Pengarah Yayasan Sabah, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Datuk Jauteh Dikun dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Diyanah Abdullah.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|