Rapatkan saf perkuat UMNO Sabah – Yakub

Rapatkan saf perkuat UMNO Sabah – Yakub

Kota Kinabalu: Pemimpin dan ahli akar umbi UMNO Sabah diminta untuk terus merapatkan saf dalam memperjuangkan agenda parti itu selepas fasa pemilihan kali ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, khusunya pemilihan sayap melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, beliau menyifatkan yang menang bukanlah menang semua dan yang kalah, bukanlah kalah semua.

“Perumpamaan itu perlulah diamati dalam memastikan bahawa perjuangan kita di UMNO Sabah ini terus diperkuat menerusi ikatan ukhuwah di antara pemimpin yang dipilih dan ahli parti.

“Kita tidak mahu pemilihan ini memutuskan tali persahabatan kerana ia memperlihatkan sistem demokrasi di dalam parti yang mana kita bebas memilih siapa juga pemimpin yang mereka mahukan di angkat pada peringkat bahagian masing-masing.

“Syabas dan tahniah kepada semua calon-calon yang bertanding pada pemilihan sayap kali ini,” katanya.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata demikian sempena fasa pemilihan UMNO di peringkat sayap termasuklah di Sabah, hari ini.

Untuk rekod, UMNO Sabah mempunyai sebanyak 25 Bahagian dengan pemilihan utama akan berakhir pada 18 Mac hadapan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|