Lahad Datu: Lebih 6,000 orang warga Lahad Datu hadir ke majlis LAHAD DATU BERSELAWAT 1445H/2023M ‘Di Sini Bermulanya Cinta’ yang berlangsung di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu pada malam Sabtu.
Program Lahad Datu Berselawat ini merupakan salah satu pengisian Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Lahad Datu.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Benetty Mohd Dzul ,Pengarah Program Lahad Datu Berselawat, Dr.Mohd Ayub bin Hj.Yakub, Penasihat kepada AJK Pelaksana Program,Haji Yussup Nannong, Timbalan Ketua Polis Lahad Datu,Supt.Azmir bin Abd Razak,, ketua-ketua Jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pemimpin-pemimpin politik, Pemimpin-pemimpin masyarakat, NGO dan masyarakat setempat.
Untuk makluman program berselawat di sekitar masjid Lahad Datu juga sering diadakan di setiap masjid iaitu
Masjid Ar-Raudah setiap hari Ahad jam 9.00 pagi ,Masjid Nurul Aman Setiap Ahad selepas maghrib ,Masjid Kg Kamis setiap hari Sabtu selepas maghrib yang akan dipimpin oleh Ustaz Haji Mohd Yunus Abu.
-Deasoka