Pemimpin GRS, GPS bersama Perdana Menteri di hari penamaan calon

Pemimpin GRS, GPS bersama Perdana Menteri di hari penamaan calon

Kuala Lumpur: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama rakan sejawatannya di Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Openg mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong calon Kerajaan Perpaduan di tiga pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Selangor di Kuala Lumpur, hari ini.

Persinggahan pertama ialah di SMK Sungai Pusu, pusat penamaan calon bagi Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Pakatan Harapan (PH) diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) di Sungai Tua dan Hulu Kelang, dan Umno di Gombak Setia.

Persinggahan kedua ialah pejabat Majlis Perbandaran Selayang, pusat penamaan calon bagi Taman Templer, Kuang dan Rawang, masing-masing diwakili Amanah, UMNO dan Keadilan bagi Kerajaan Perpaduan.

Persinggahan terakhir mereka adalah di Dewan Dato’ Ahmad Razali, iaitu pusat penamaan calon bagi Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya, di mana kedua-dua kerusi itu diwakili oleh Keadlan dari PH.

Hari mengundi di Selangor dan lima negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan diadakan serentak pada 12 Ogos.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|