Gombak: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin optimis Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam gabungan kerajaan Perpaduan mampu menguasai Selangor untuk membentuk kerajaan dengan kemenangan melebih dua pertiga.
Katanya tidak banyak isu yang boleh dimainkan oleh pihak Lawan Perikatan Nasional , dimana jika mereka menyentuh soal kemajuan pembangunan , Selangor adalah antara yang termaju di negara ini dimana kemajuan inii telah mula digerak sejak Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menerujui kerajaan Selangor.

“ Kalau mereka (PH) bercakap soal kemajuan semua orang akui kemajuan Selangor, jadi pihak (PH) hanya akan mainkan isu sentiman perkauman yang hanya menakut-nakutkan pengundi Melayu Islam satu isu kempen yang tidak sehat memecahbelahkan perpaduan kaum dan boleh membantutkan usaha membangunkan negara” katanya ketika ditemui selepas mengiring calon -calon kerajaan Perpaduan BN PH , DUN N17 Gombak Setia Datuk Wira Maget Zulkanain Tan Sri Omardin (BN) DUN N16 Sungai Tua Datuk Seri Amirudin Shari (PH) dan calon DUN N18 Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli (PH) ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu Gombak dekat sini pada Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden UMNO Datuk Johari Ghani turut menyertai ribuan penyokong PH BN ke pusat penamaan tersebut.
Menurut Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah pada PRN kali rakyat Selangor perlu memilih calon-calon dari PH dan BN agar kerajaan yang dibentuk selepas PRN nanti adalah sebuah kerajaan yang selari dengan kerajaan pusat bagi meneruskan agenda kemakmuran dan kestiblan politik khususnya di negeri Selangor.
“ Kita di Sabah sebelum ini mempunyai pengalaman apabila kerajaan negeri tidak sehaluan dengan kerajaan pusat banyak perkara yang akan membawa kerugian kepada rakyat terutamanya dari segi agihan peruntukan dan ini turut membantutkan usaha untuk membawa lebih banyak pembangunan demi kesejahteraan rakyat” tegas Bung.
Mengenai jentera BN dari Sabah yang ditugaskan membantu calon-calon BN/PH yang dianggarkan seramai 450 orang Bung yang juga Pengerusi BN Sabah berkata sebilanganya sudah mula berkampung di sini dan agihan tugas sudah diberikan dimana setiap dua bahagian akan membantu satu calon khususnya calon-calon BN yang bertanding pada PRN kali ini.
“ Jentera kita akan bergerak dan berkempen dengan pendekatan yang sesuai dengan setuasi setempat , kita akan fokas kepada perpaduan kaum, pengalaman hubungan pelbagai kaum di Sabah dalam susana yang harmoni akan kita kongsikan bersama dengan pengundi di sini “ katanya
Bung berkata Jentera BN Sabah juga akan mengunakan pakai aolikasi strategi baharu (tanpa mendedahkan) untuk membantu calon calon BN/PH dalam PRN kali dan jika ia berkesan dan memberikan keputusan yang positif ianya akan digunakan pakai oleh BN Sabah bagi menghadapi PRN Sabah akan datang.
-Deasoka