PPM tahan 3 lelaki terbabit aktiviti bom ikan

PPM tahan 3 lelaki terbabit aktiviti bom ikan

Semporna: Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Bud Parang, di sini, kelmarin.

Ketiga-tiga lelaki berusia 17 hingga 24 tahun itu ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menerusi Op Gelora, jam 12.30 tengah hari.

Turut dirampas sebanyak 45 kilogram ikan disyaki ditangkap dengan menggunakan bahan letupan.

Namun bahan letupan yang digunakan gagal dikesan dipercayai dibuang ke laut selepas menyedari kehadiran polis.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan dan rampasan berkenaan.

Katanya, semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Perikanan Semporna untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|