Semporna: Markas operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Semporna berjaya menumpaskan cubaan menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran, semalam.
Rampasan itu menerusi Op Gelora Khas yang dilancarkan di perairan Kuala Bibang, kira-kira jam 8.30 malam.
Ketika kejadian dua bot berjaya dirampas manakala suspek melarikan diri di kawasan cetek berhampiran bakau Kampung Kuala Bibang.
Hasil pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan mendapati sebanyak 1,496 paket minyak masak di bot pertama dan 697 paket minyak masak di bot yang kedua.
Nilai rampas bot dan minyak masak dianggarkan berjumlah RM43,177.
Semua barang kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Semporna.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan mengenai rampasan berkenaan.
-Deasoka