Sindiket Bitcoin di Keningau, tumpas

Sindiket Bitcoin di Keningau, tumpas

Keningau: Polis daerah ini berjaya mematahkan satu sindiket yang disyaki menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin, di kawasan Bandar Baru Keningau, di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 7 malam itu, pelbagai peralatan elektrik yang dipercayai digunakan digunakan untuk tujuan perlombongan bitcoin turut berjaya dirampas.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, bertindak atas maklumat, pasukan polis menjalankan operasi dengan bantuan pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Katanya, pihaknya percaya premis berkenaan juga disyaki membuat sambungan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerosakan dan kerugian pada harta benda SESB.

“Sebanyak 57 unit mesin bitcoin dirampas bersama lima router, satu modem jaringan tanpa wayar (WiFi) dan satu set komputer yang digunakan untuk tujuan perlombongan bitcoin.

“Semua barangan yang rampasan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Rafidah berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta bekalan 1990.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|