PM, TPM adakan pertemuan ‘hati ke hati’ bersama pemimpin politik tempatan

PM, TPM adakan pertemuan ‘hati ke hati’ bersama pemimpin politik tempatan

Kota Kinabalu: Perbincangan hati ke hati akan diadakan bagi mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan politik di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin politik di negeri ini.

“Pada malam ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan saya akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Permasalahan politik di Sabah ini, insyaAllah kita akan membincangkan dari hati ke hati, maksudnya kita akan mencari jalan terhadap penyelesaian kemelut ini. Kita akan beriktiar supaya ‘win-win’ akan dicapai dalam perundingan nanti.

“InsyaAllah selepas pertemuan itu nanti, saya yakin Datuk Seri Anwar akan bertemu dengan saudara saudari bagi menyatakan apa keputusan yang akan dibuat dalam pertemuan yang akan dibuat nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Jamuan Makan Malam bersama barisan pemimpin UMNO Sabah, di Bangunan UMNO Sabah, malam tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|