Anwar jumpa Hajiji, Bung Moktar malam ini

Anwar jumpa Hajiji, Bung Moktar malam ini

Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di sini pada jam 10 malam ini untuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Sabah berhubung kemelut politik di negeri ini.

Beliau terus ke Sabah selepas lawatan dua hari di Jakarta untuk bertemu Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan pemimpin lain dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik ketika ini.

Difahamkan, selepas tiba di Terminal 2 KKIA, Anwar akan ke kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya untuk bertemu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong Hajiji yang sedang menunggu di sana.

Sejurus selepas itu, Anwar difahamkan akan bertemu ketua parti dan pemimpin Sabah yang lain termasuk Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin di Hotel Magellan Sutera, di sini.

Beliau dijangka terus berlepas pulang ke Kuala Lumpur sejurus selesai perjumpaan di hotel berkenaan.

Dalam majlis berasingan, Timblan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bangunan UMNO Sabah, di sini pada jam 8.22 malam tadi untuk majlis jamuan makan malam bersama pemimpin UMNO negeri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|