Ahmad Zahid bertemu barisan pemimpin UMNO Sabah

Ahmad Zahid bertemu barisan pemimpin UMNO Sabah

Kota Kinabalu: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di perkarangan Bangunan UMNO Sabah pada sekitar jam 8.22 malam tadi.

Ketibaan beliau yang diiringi Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah disambut dengan ahli-ahli UMNO lain.

Ahmad Zahid tiba di perkarangan Bangunan UMNO Sabah, hari ini

Difahamkan kunjungan Ahmad Zahid ke negeri ini bagi menghadiri Jamuan Makan Malam bersama barisan pemimpin UMNO Sabah yang diadakan di bangunan berkenaan.

Terdahulu, turut dilihat hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan; Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin dan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|