Pemandu terselamat, kereta rempuh kedai jual alat komunikasi

Pemandu terselamat, kereta rempuh kedai jual alat komunikasi

Tawau: Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya merempuh sebuah premis menjual alat komunikasi Jalan Mahkamah Kompleks Fajar, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi itu, tidak membabitkan kecederaan kepada sesiapa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati insiden berlaku ketika pemandu kereta jenis Proton Saga lelaki berusia 31 tahun ketika cuba menghidupkan kenderaannya yang diparkir.

Katanya, secara tiba-tiba kenderaan berkenaan bergerak terus ke hadapan menyebabkan pemandu motokar tidak dapat mengawal kenderaannya dan merempuh masuk ke sebuah kedai alat komunikasi.

“Akibat kejadian itu, pintu kaca kedai pecah manakala kenderaan mengalami kerosakan di bahagian cermin hadapan retak, bumper hadapan calar dan foglamp kanan pecah.

“Kemalangan tidak melibatkan kecederaan kepada sesiapa,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak polis masih meneruskan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Rule 10 LN166/59,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|