Pemimpin Sabah tentukan keputusan sendiri

Pemimpin Sabah tentukan keputusan sendiri

Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terpulang kepada pemimpin Sabah sendiri untuk membuat keputusan berhubung kemelut politik ynegeri ini.

Katanya, beliau hanya mampu memberi nasihat berhubung perkara itu.

Nmun, katanya keadaan kini sudah bertambah baik.

Katanya, beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencari formula yang baik untuk Sabah bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Keadaan bertambah baik. Saya dan Zahid cari formula baik untuk Sabah dan keputusannya akan diputuskan oleh pimpinan Sabah sendiri.

“Sebenarnya kita hanya mampu memberi nasihat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin politik Sabah di Magellan Sutera, di sini, malam ini.

Hadir sama Ahmad Zahid dan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Pertemuan tertutup itu dihadiri pemimpin utama parti politik di Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|