BN sudah serah pandangan kepada Anwar – Bung Moktar

BN sudah serah pandangan kepada Anwar – Bung Moktar

Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah sudah menyerahkan pandangan mengenai kemelut politik negeri ini pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pandangan itu akan dibincangkan Anwar bersama Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita bincang isu Sabah dan kita telah serah pandangan kita untuk dibincang dengan Pengerusi GRS, jadi kita tunggulah hasilnya nanti,” katanya kepada pemberita, di sini.

Mengenai pertemuan tertutup itu, beliau berkata setakat ini belum ada keputusan berhubung kemelut politik yang berlaku sekarang, namun beliau berkata pihaknya sentiasa positif dalam usaha memastikan kemakmuran rakyat Sabah.

“Keputusannya hanya Perdana Menteri yang tahu setelah berunding dengan Pengerusi GRS kerana beliau ada ‘negotiator’,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|