PM ‘restui’ Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah

PM ‘restui’ Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah

Kota Kinabalu: “Saya beri restu kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa yang sama, beliau meminta supaya beri ruang kepada Hajiji bagi mencari formula terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di negeri ini.

“Kita mahu keadaan di Sabah itu kukuh di bawah pimpinan Ketua Menteri (Hajiji).

“Esok, satu rang undang-undang penting (dibentangkan) untuk kembalikan hak Sabah, yang saya syorkan di Jemaah Menteri. Ini satu perubahan yang besar dan bagi saya ini keutamaan.

“Kemudian kita beri ruang untuk beliau (Ketua Menteri) berbincang dan mencari satu formula yang baik untuk kebaikan negeri Sabah.

“Saya beri restu kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri,” katanya ketika ditemui media di kediaman rasmi Ketua Menteri, di Sri Gaya, lewat malam tadi.

Terdahulu, krisis politik di Sabah kembali hangat selepas Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan keputusan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Jelas beliau, keputusan hilang kepercayaan itu dicapai selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli parti itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|