Bandar Seri Begawan: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini mengadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di sini.
Antara isu yang dibincangkan ialah hubungan kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
Majlis mengadap itu adalah antara program sempena lawatan dua hari Perdana Menteri ke negara ini yang bermula semalam.
-Deasoka