Plat kenderaan tular bukan atas permintaan Wan Azizah – SKN

Plat kenderaan tular bukan atas permintaan Wan Azizah – SKN

Kota Kinabalu: Gambar plat kenderaan yang tular di media sosial baru-baru ini adalah bukan atas permintaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong berkata, adalah menjadi amalan kerajaan negeri menyediakan kemudahan kenderaan kepada tetamu kenamaan semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke negeri ini.

“Adalah menjadi amalan Kerajaan Negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berbahagia isteri, Yang Amat Berhormat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VVIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi.

“Kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|