Beluran: Tujuh beranak berdepan detik getir apabila rumah atas air milik mereka roboh ke laut dalam satu kejadian di Kampung Kolapis, di Beluran, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, rumah berkenaan dilaporkan roboh selepas ditiup angin kencang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhuhung insiden itu pada jam 5.51 petang.
Menurutnya, sejurus itu, sepasukan 10 anggota bomba termasuk bomba sukarela dari kampung berkenaan dihantar ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba, didapati sebuah rumah yang hampir tenggelam dan terdapat tujuh sekeluarga di dalamnya.
Bomba sukarela yang memang berada berdekatan lokasi itu kemudiannya bergegas menyelamatkan semua mangsa.
Operasi menyelamat kemudiannya berakhir pada jam 6.29 petang.
-Deasoka