PH Sabah tolak gerakan tubuh kerajaan pintu belakang

PH Sabah tolak gerakan tubuh kerajaan pintu belakang

Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) Sabah tidak bersetuju atau memberi sokongan kepada mana-mana pihak melakukan gerakan menubuh kerajaan baharu melalui pintu belakang.

Sebaliknya, mereka mengambil pendirian mengutamakan kestabilan politik, ekonomi dan kebajikan rakyat Sabah, bukan jawatan serta kuasa.

“Kami ingin memaklumkan bahawa PH Sabah tidak pernah setuju ataupun memberi sokongan kepada mana-mana pihak bagi menjalankan gerakan (move) untuk menubuh sebuah kerajaan baharu melalui pintu belakang,” kata satu kenyataan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Sabah hari ini,

Kenyataan itu menyangkal satu artikel disiarkan sebuah akhbar yang melaporkan PH Sabah melakukan pusingan U berhubung gerakan menyingkirkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Jelasnya sumber dalam berita itu membuat dakwaan yang tidak benar dan menyiarkan kandungan berbaur fitnah dengan tujuan memburukkan nama PH Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|