PERSANTUN anjur kempen saringan kesihatan dan derma darah Ahad ini

PERSANTUN anjur kempen saringan kesihatan dan derma darah Ahad ini

Semporna: Pertubuhan Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Semporna dan RASPAND Motor Sdn Bhd akan menganjurkan Program Kempen Saringan Kesihatan dan Derma Darah pada 12 Februari ini di Perkarangan Rumah Raspand, di sini.

Presiden PERSANTUN, Datuk Najib Tay Abdullah berkata, program percuma itu akan bermula pada jam 9 pagi sehingga selesai.

Katanya, program itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjalani saringan kesihatan.

“Menerusi saringan kesihatan yang akan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Semporna, masyarakat setempat dapat mengetahui tahap kesihatan diri mereka dan keluarga.

“Dengan mengetahui tahap kesihatan diri, maka kesedaran untuk mencegah sesuatu penyakit daripada bertambah serius dapat dilakukan seperti penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol, jangkitan, masalah paru-paru, mata, demam dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Najib Tay berkata, sempena program saringan kesihatan itu juga, kempen dermah darah diadakan untuk mengisi tabung darah hospital.

Beliau berkata, individu yang sihat dan layak dialu-alukan tampil menderma darah bagi membantu golongan yang memerlukan.

Katanya, program khidmat masyarakat itu mendapat sokongan daripada RASPAND Motor Sdn Bhd, selaras dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Sehubungan itu, Najib Tay menjemput orang ramai khususnya masyarakat setempat yang tinggal berdekatan dengan Rumah Raspand agar tampil menyertai Program Kempen Saringan Kesihatan dan Derma Darah pada Ahad ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|