Gempa bumi Turkiye: 60 lagi anggota SAR akan dihantar

Gempa bumi Turkiye: 60 lagi anggota SAR akan dihantar

Sandakan: Seramai 60 lagi anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan dihantar bagi membantu operasi SAR mangsa gempa bumi di Turkiye.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penghantaran pasukan SAR menerusi bantuan kemanusiaan itu akan dilaksana dalam masa terdekat.

Katanya, usaha itu bagi memenuhi permintaan kerajaan Turkiye.

“Pasukan SAR seramai 60 orang untuk bersama-sama membantu mencari mereka yang tertimbus kerana bangunan yang runtuh terlampau banyak.

“Usaha mencari dan menyelamat ini akan diteruskan sehingga ia ditamatkan nanti oleh kerajaan Turkiye,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata seramai 106 anggota pasukan perubatan termasuk lebih 40 doktor sudah dihantar ke Turkiye awal hari ini bagi mewujudkan hospital medan.

Katanya, ia termasuk hospital medan tahap satu bagi merawat pesakit luar dan tahap dua yang mempunyai bilik bedah berserta 12 katil yang akan beroperasi selama enam minggu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|