PERHAKOW Dance Theater dinobat juara The Crocker Range Festival 2023

PERHAKOW Dance Theater dinobat juara The Crocker Range Festival 2023

KENINGAU: PERHAKOW Dance Theater mendominasi pertandingan Tarian Etnik Kreatif edisi ke-6 The Crocker Range Festival 2023 apabila menjuarai pertandingan berkenaan, baru-baru ini.

Ia sekaligus menyaksikan kumpulan berkenaan membawa pulang wang tunai kemenangan berjumlah RM3,000, manakala tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh kumpulan kebudayaan Tetarigas Dance dan Tukang-Tukang yang juga membawa pulang wangn tunai kemenangan berjumlah RM2,000 dan RM1,000.

Pengerusi Penganjur The Crocker Range Festival 2023 (Edisi ke-6) Rafie Robert berkata, sebanyak 14 kumpulan tarian daripada serata Sabah telah menyertai pertandingan yang berlangsung pada 24 November lalu di Padang Bandaran Keningau.

“Kita berharap agar pertandingan ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya etnik kita dikenali serata dunia, ” katanya.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, merangkap ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik berkesempatan menyempurnakan pertandingan tersebut selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|