Hajiji hadir Kongres Nasional Keadilan 2023

Hajiji hadir Kongres Nasional Keadilan 2023

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghadiri Kongres Nasional Keadilan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, malam tadi (Sabtu).

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena kongres berkenaan.

Kongres itu turut dihadiri pimpinan parti Kerajaan Perpaduan dari Sabah antaranya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|