UCSF Tuan Rumah Kejohanan Sukan MASISWA Zon Sabah 2023

UCSF Tuan Rumah Kejohanan Sukan MASISWA Zon Sabah 2023

KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF) menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan Antara Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (Sukan MASISWA) Zon Sabah 2023 yang akan berlangsung pada 29 November hingga 2 Disember depan.

UCSF telah memilih beberapa venue utama kejohanan sukan itu, termasuk tiga venue lain iaitu di Yayasan Sabah, Centre Point dan IPG Gaya Kota Kinabalu.

Sebanyak sembilan enis sukan bakal dipertandingkan pada kejohanan kali ini iaitu sukan Petanque, Futsal, Bola Tampar, Badminton, Bola Jaring, E-Sport, Catur dan Aerodance bagi merebut sebanyak 21 pingat emas.

Naib Canselor UCSF, Dr.Rafiq Idris berkata, ini adalah kali ke 11 Kejohanan Sukan MASISWA dianjurkan di Sabah dan kali keempat bagi UCSF menjadi tuan rumah.

“Saya berharap kejohanan kali ini akan menjadi lebih meriah dan bakal mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi untuk ditengahkan”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, sukan dan kesihatan adalah suatu perkara yang penting bagi mahasiswa dan mahasiswi IPT.

Dr Rafiq turut menjemput orang ramai untuk datang beramai-ramai memeriahkan Kejohanan Sukan MASISWA Zon Sabah, sambil memberikan sokongan kepada pasukan IPTS pilihan masing-masing.

“Sesungguhnya, “MASISWA Pemangkin Sukan IPTS Malaysia!”, ujarnya.

Sementara itu. penyentuh persiapan kejohanan sukan itu, Pengerusi Penganjur, Morsede Mohamad berkata, tahap persiapan sangat baik dan berharap semunya berjalan dengan lancar.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|