Pembinaan SMK Kipouvo dijangka siap akhir 2024

Pembinaan SMK Kipouvo dijangka siap akhir 2024

Penampang: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kipouvo, di sini, yang sedang dalam pembinaan dijangka siap pada akhir tahun depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berlaku sedikit kelewatan dalam pembinaan sekolah itu disebabkan pelbagai faktor termasuk cuaca.

Pada masa sama, katanya kemudahan asas seperti bekalan air juga perlu diselesaikan sebelum sekolah itu dibuka bermula sesi persekolahan 2025.

“Saya telah meminta supaya bekalan air di sekolah ini diselesaikan sebelum sekolah ini siap sepenuhnya. Apabila sekolah sudah siap pelajar masuk tanpa gangguan bekalan air atau letrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Tamu Donggongon dan SMK Kipouvo, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Ruji Ubi; Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang dan Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, pembinaan SMK Kipouvo diharap siapa menjelang akhir tahun depan supaya pelajar boleh masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan 2025.

Katanya, bagi memantau dan memastikan projek pembinaan itu siap mengikut jadual yang ditetapkan, beliau telah mewujudkan satu Jawatankuasa Pemantauan Untuk Projek-Projek Berskala Besar di Penampang.

“Antara peranan jawatankuasa ini ialah memantau pelaksanaan pembinaan SMK Kipouvo. Setiap tiga bulan kita akan bersidang untuk memantau perkembangan pelaksanaan projek ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|