Kerjasama Maritim Malaysia, JICA tangani isu pencerobohan perairan negara

Kerjasama Maritim Malaysia, JICA tangani isu pencerobohan perairan negara

Kota Kinabalu: Bengkel Illegal, Unreported dan Unreported (IUU) Fishing serta United Nation Convention On The Law Of Sea(UNCLOS) dilaksanakan bagi memahirkan pegawai dan anggota mengendalikan peralatan serta menguji jarak berkesan bot suspek terutama bot yang menceroboh perairan negara.

Bengkel yang berlangsung selama empat hari itu anjuran bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Japan International Cooperation Agency (JICA).

Majlis Penyerahan Peranti Akustik Jarak Jauh dan Perasmian Bengkel IUU Fishing serta UNCLOS diantara Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan wakil pihak JICA, Takizawa Masahiko.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim, Datuk Saiful Lizab Ibrahim berkata, bengkel yang dijalankan ini adalah inisiatif dari pengisian memorandum persefahaman berkaitan projek meningkatkan kapasiti pendidikan dan latihan serta menggalakkan kerjasama antara negara jiran yang ditandatangani pada 2018 antara Maritim Malaysia dan JICA.

Katanya, bengkel yang dijalankan selama empat hari di Kapal Maritim Arau (KM Arau) Bermula pada 9 Januari lalu turut meliputi sesi latihan pengendalian peranti akustik jarak jauh (LRAD) di sekitar perairan Kota Kinabalu.

Pegawai dan anggota Maritim Malaysia menjalani latihan bersama JICA di perairan Kota Kinabalu.

“Latihan ini dilaksanakan bagi memahirkan pegawai dan anggota mengendalikan peralatan berkenaan serta menguji jarak berkesan kepada bot suspek, terutama bot-bot yang menceroboh perairan negara.

“Peralatan itu berfungsi dengan cara mengeluarkan bunyi yang sangat kuat hingga menyebabkan ketidakselesaan kepada suspek yang disasarkannya.

“Seramai 30 pegawai dan anggota Maritim Malaysia menjalani bengkel berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, peranti ini bertindak sebagai alat mengusir bot-bot penceroboh yang enggan memberikan kerjasama serta bertindak agresif.

Sementara itu, Maritim Malaysia menerima empat peranti akustik jarak jauh (LRAD) sumbangan daripada Kerajaan Jepun ketika Majlis Perasmian Bengkel IUU Fishing dan UNCLOS serta penerimaan LRAD pada 9 Januari lalu.

Katanya, keempat-empat LRAD akan ditempatkan di kapal-kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Maritim Malaysia yang beroperasi di sempadan perairan negara.

“Dengan adanya inisiatif bersama ini Maritim Malaysia yakin akan dapat meningkatkan keupayaan dalam menangani isu-isu pencerobohan nelayan asing serta mampu memperkasakan keselamatan perairan negara,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|