Pemandu cedera kereta jatuh gaung

Pemandu cedera kereta jatuh gaung

Ranau: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam tujuh meter di Bukit Botak, Kampung Nabutan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 37 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Kancil diselamatkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa sebelum diberi rawatan awal.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba digerakkan ke lokasi kemalangan sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.39 petang.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kancil dipercayai terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam gaung sedalam tujuh meter.

“Tindakan pasukan bomba mengeluarkan mangsa menggunakan tali penyelamat seterusnya diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kemalangan.

“Operasi ditamatkan pada 7.46 malam,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|