Pelancongan luar bandar dijangka terus melonjak tahun hadapan

Pelancongan luar bandar dijangka terus melonjak tahun hadapan

KOTA KINABALU: Industri pelancongan luar bandar dijangka terus menerima sambutan memberangsangkan pada tahun hadapan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, prestasi semasa telah menunjukkan peningkatan positif dan ia ditambah dengan trend terkini para pengunjung yang mahukan pelancongan bersifat ‘back to nature’.

“Berdasarkan pengamatan kita, jumlah pelancong datang dan menikmati pakej pelancongan luar bandar sentiasa meningkat.

“Ini berikutan ada respon-respon daripada pengusaha industri tersebut yang telah mencapai pendapatan sehingga RM50,000 sebulan dan situasi ini, amat memberangsangkan lebih-lebih lagi pada tahun hadapan di mana industri pelancongan kita akan tambah rancak, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui dalam majlis pelancaran Akaun Satelit Pelancongan Wilayah (RSTA) Sabah 2022 di Kota Kinabalu, pada Khamis.

Hadir sama adalah Ketua Perangkawan DOSM, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. RSTA merupakan inisiatif bersama pihak kementerian pelancongan di Sabah dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Joniston berkata, ianya selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam memperkasakan industri selain memartabatkan pelancongan yang turut termaktub dalam pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). “Akaun satelit pelancongan ini merupakan eleme

n penting dalam usaha kita merangka strategi bagi meningkatkan industri pelancongan.

“Selain itu, kita juga dapat memanfaatkan dokumentasinya yang merangkumi pelan strategik jumlah sumbangan yang telah dihasilkan industri ini kepada ekonomi negeri, peluang-peluang pekerjaan yang telah diwujud dan sebagainya, “katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|