Dr Rafiq Idris panelis Azerbaijan Career Development Forum 2023

Dr Rafiq Idris panelis Azerbaijan Career Development Forum 2023

NAIB Canselor University College Sabah Foundation (UCSF), Dr Rafiq Idris telah dijemput menjadi panelis dalam forum utama sempena program peringkat antarabangsa “Azerbaijan Career Development Forum 2023” yang diadakan di Marriot Boulevard Hotel, Baku, Azerbaijan, baru-baru ini.

Beliau bersama dua rektor universiti terkemuka dari Azerbaijan dan Turki menjadi panelis forum itu yang membincangkan mengenai “Peranan Universiti dalam Menavigasi Transformasi Lanskap Di Dalam Pasaran Buruh Moden”.

Antara lain beliau turut memberi pandangan dalam forum berkenaan, universiti perlu mengadaptasi dan fleksibel dalam memenuhi serta menyokong keperluan pasaran buruh moden.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|