14 barangan diwarta sempena SHMMP Krismas 2023

14 barangan diwarta sempena SHMMP Krismas 2023

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mewartakan 14 jenis barangan bersempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023.

Menterinya,Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan itu akan dijalankan selama 5 hari bermula 23 sehingga 27 Disember depan.

Menurut beliau, barangan yang akan diwartakan seperti daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, lada benggala hijau, kubis bulat import daripada China dan Indonesia, lobak merah, cili merah, ubi kentang import China, bawang merah besar import, dan bawang kuning besar.

“Lima lagi barangan yang turut terbabit menerusi skim ini merupakan barangan yang dikawal di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.

“Barangan tersebut adalah kepak ayam, babi hidup, dan daging babi selain kawalan bekalan ayam tua hidup hanya dilakukan di Sarawak”, katanya.

Beliau dalam pada itu mendedahkan,  SHMMP Krismas 2023 dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi membolehkan penentuan harga dibuat ke atas pengeluar, pemborong dan peruncit.

“Tindakan tegas katanya akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim tersebut melalui AKHAP 2011.

“Kita akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi.

“Pemantauan tersebut melibatkan lokasi strategik sepertidi pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan, “katanya.

Jelasnya, kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum di bawah AKHAP 2011 boleh dikenakan penalti sebanyak RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, atau kompaun RM50,000 bagi individu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|