PBRS kekal sokong pentadbiran Hajiji

PBRS kekal sokong pentadbiran Hajiji

Kota Kinabalu: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyatakan pendirian kekal menyokong kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan agenda pembangunan Sabah dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Sokongan kami masih kekal dan tidak berubah sejak YAB Ketua Menteri diberikan mandat untuk menerajui pentadbiran Sabah pada tahun 2020.

“Pendirian ini juga merupakan manifestasi terhadap kecemerlangan kepemimpinan YAB Ketua Menteri khususnya dalam memastikan kestabilan politik dan perpaduan di Sabah terus terjamin,” katanya.

Beliau berkata, keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan agenda pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Sabah terus meningkat.

Pada masa yang sama, katanya tumpuan juga diberikan terhadap usaha untuk memastikan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan dengan segera demi kebaikan rakyat Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|