Kota Kinabalu: Sebuah pasar raya barangan keperluan harian di Jalan Tuaran Bypass, Kampung Rampayan, di sini, musnah terbakar, pagi tadi.
Kebakaran membabitkan pasar raya Bataras dan sebuah lagi kilang barangan perabot itu dilaporkan berlaku pada jam 10.30 pagi.

Difahamkan, usaha memadamkan api kebakaran sedang giat dilakukan Pasukan Bomba dan Penyelamat di lokasi kejadian.
Antara pasukan bomba yang hadir ialah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, BBP Kota Kinabalu dan BBP Penampang serta BBP Tuaran.
Mengikut laporan situasi terkini, api berjaya dikawal daripada terus merebak ke beberapa lagi premis berhampiran.

Operasi masih diteruskan dan setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
-Deasoka