Mayat lelaki kembung ditemui di kawasan semak

Mayat lelaki kembung ditemui di kawasan semak

Tawau: Orang awam di sini, gempar selepas menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan kembung dan membengkak di kawasan semak berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Batu 5, di sini, hari ini.

Mayat dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada pihak polis.


Keadaan mayat lelaki yang sudah kembung dan membengkak ditemui di kawasan semak berhampiran MRSM, Batu 5, Tawau

Beberapa keping gambar turut tular di media sosial memaparkan mayat mangsa yang lengkap berpakaian dalam keadaan kembung terbaring di kawasan semak.

Selain itu, turut kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dengan anggota polis memasang pita keselamatan berhampiran kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan sedang dijalankan dan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|