Lo Su Fui dilantik ahli JKMR

Lo Su Fui dilantik ahli JKMR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dilantik sebagai anggota Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan menerima watikah pelantikan itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Selain Lo, Yang di Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Wan Jaafar, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Shahar Abdullah, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Kesemua ahli JKMR itu merupakan lantikan atas perkenan Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah bagi tempoh tiga tahun yang berkuatkuasa 9 Oktober tahun ini hingga 8 Oktober 2029.

Anggota JKMR berperanan sebagai menasihati Perdana Menteri mengenai isu rasuah di Malaysia, pemantau laporan tahunan suruhanjaya dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|