Lima cedera kemalangan libat tiga kenderaan

Lima cedera kemalangan libat tiga kenderaan

KOTA BELUD: Lima individu cedera manakala tiga lagi terselamat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di jalan berhampiran Kampung Lebak Moyoh, dekat sini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.22 petang berhubung insiden berkenaan sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan orang awam.

“Berdasarkan maklumat awal, kemalangan ini melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Isuzu D-Max, lori muatan 10 tan dan trak jentera tunda.

“Kesemua mangsa cedera telah menerima rawatan awal dari Pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 2.02 petang.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|