Wanita cedera daki Gunung Kinabalu

Wanita cedera daki Gunung Kinabalu

RANAU: Seorang wanita yang sedang mendaki Gunung Kinabalu berdepan detik cemas apabila mengalami kecederaan lutut dan kaki sebelum diselamatkan sepasukan bomba dengan bantuan malim gunung dan pihak penyelamat lain dalam kejadian di Kilometer 6.7 Gunung Kinabalu, di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah melaporkan, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan sedang dalam perjalanan mendaki gunung dan mengalami kecederaan di bahagian lutut kaki kanannya selain bengkak ketika berada di ketinggian tersebut.

“Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.20 pagi daripada PBB MoSAR melaporkan terdapat seorang pendaki Gunung Kinabalu mengalami kecederaan lutut kaki kanan luka dan bengkak di KM6.7 Gunung Kinabalu.

“Pasukan MOSAR bergegas ke lokasi dan memeriksa kecederaan kaki mangsa,seterusnya Pasukan MOSAR bersama Malim Gunung dan Park SAR membawa mangsa turun dengan menggunakan kaedah Robinson Stretcher.

“Setibanya di Timpohon Gate mangsa diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi menyelamat itu ditamatkan pada jam 3.35 petang.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|