Lelaki dikhuatiri hilang di hutan

Lelaki dikhuatiri hilang di hutan

Beluran: Seorang lelaki dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran sebuah ladang di Batu 32, di sini, sejak Selasa lalu.

Mangsa Petrus Liman, 49, dipercayai masuk ke hutan jam 4 petang dan belum kembali ke rumah sehingga hari ini.

Operasi pencarian mangsa hilang diteruskan hari ini.

Susulan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan bagi membantu usaha menjejak keberadaan mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.59 tengah hari semalam.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi pencarian hari kedua dimulakan pada 7.35 pagi tadi di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Namun setakat ini mangsa belum ditemui. Motif mangsa ke hutan tidak diketahui,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|