Lelaki cuba bunuh diri berjaya diselamatkan

Lelaki cuba bunuh diri berjaya diselamatkan

Lahad Datu: Seorang lelaki dipercayai cuba membunuh diri gagal selepas diselamatkan pasukan penyelamat dalam kejadian di Jalan Sri Pantai Tanah Tumako, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.40 petang itu, lelaki berusia 35 tahun cuba membunuh diri dengan masuk ke dalam laut di kawasan berkenaan.

Pasukan bomba dan agensi penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki dipercayai cuba bunuh diri di Jalan Sri Pantai Tanah Tumako, Lahad Datu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.46 petang.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

Lokasi kejadian mangsa lelaki dipercayai cuba bunuh diri.

“Pasukan bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak menyelamatkan mangsa.

“Mangsa berjaya diselamatkan selepas dipujuk dan dibawa ke kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 3.30 petang tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|