Kenderaan dipercayai dinaiki ADUN mula tiba di Istana

Kenderaan dipercayai dinaiki ADUN mula tiba di Istana

Kota Kinabalu: Beberapa kenderaan dipercayai dinaiki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal mengangkat sumpah jawatan dalam Kabinet negeri dilihat memasuki pintu masuk Istana Seri Kinabalu, jam 8.55 pagi tadi.

Selain itu, pasukan keselamatan turut dilihat sudah mula melakukan kawalan ketat di sekitar lokasi menuju ke Istana.

Difahamkan satu majlis angkat sumpah anggota baharu Kabinet dijangka diadakan di Istana Seri Kinabalu, pada jam 10 pagi ini.

Upacara yang dijadualkan diadakan di Dewan Kunjungan itu adalah berdasarkan surat jemputan yang tular di media sosial, ditujukan kepada ADUN, aturcara majlis serta pemakluman daripada Istana kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|